Resipi Kek Batik

February 15, 2014


Resipi Kek Batik

Assalamualaikum :))

Happy Weekend everyone! Hari ni nak kongsi resipi kek batik coklat yang superb sedap. hihi... Dah try beberapa kali untuk resipi ni, lain sikit dari yang dibeli dari kedai...





Bahan-bahan:

200gm millo
250gm butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut merry secukupnya

Cara-cara:

1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali.

2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga milonya hancur
3. Seterusnya masukkan serbuk koko. kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg.
4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
5. Susun biskut merry di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut merry lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
6. Siap! Biarkan semalaman, potong dan hidangkan.kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...


Review :
Boleh kurangkan butter sikit supaya kurang masin tapi kalau suka masin boleh je letak 250g... Kalau suka lebih manis, kurangkan butter tambah susu pekat banyak sikit.. Adunan coklat agak likat, so saya sangat suka!


Credit to : hasue blog

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM