Tips untuk jadi dropship

February 27, 2014


Tips untuk jadi dropship

Assalamualaikum.. :))

Hai, hari ni nak kongsi tips untuk jadi dropship bagi mereka yang minat untuk berniaga dan menambah pendapatan masing masing. hihihi. Minggu lepas saya berkongsi tentang online shop saya dan ada beberapa orang yang tanya bagaimana nak jadi ejen dropship. 




Dropship ni sebenarnya adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang baru menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. 

Sesuai untuk mereka :

- surirumah sepenuh masa
- surirumah separuh masa
- pelajar sepenuh masa
- pelajar separuh masa
- rajin dan berusaha
- mempunyai minat berniaga
- sentiasa mempunyai kejujuran dan komitmen yang tinggi untuk berjaya

Ha, tu lah orang orang dropship yang bakal menjadi jutawan suatu hari nanti. hahaha. So, here is some tips you can use okey awak..


1. Online shop
Sebagai dropship, awak boleh create satu online shop kepunyaan diri sendiri supaya lebih mudah untuk diuruskan. Online shop boleh dalam facebook, instagram, twitter, lelong atau mudah. Dengan adanya online shop ni, lebih mudah pelanggan nak membeli, memilih dan berhubung. Kalau tak nak pon boleh, pandai pandai lah. haha. Anggaplah online shop tu merupakan syarikat yang bakal memberi makan kepada anda dan anak isteri ye supaya awak lebih berusaha.


2. Cari pembekal yang dipercayai
Sebagai dropship, awak harus pandai dalam mencari pembekal. Bagaimana nak cari pembekal? kena rajin survey lah. Cari pembekal yang sentiasa update tentang tracking no, gambar, customer feedback or testimoni. Ada juga sesetengah pembekal yang tidak mahu dropshipper, so, rileks, kite cari lagi.


3. Kaji pasaran semasa
Sebagai dropship, kita harus tahu apa permintaan yang tinggi setiap masa kerana ia akan berubah dari masa ke masa. Contohnya sekarang banyaknya permintaan kepada pakaian yang menutup aurat seperti jubah, dress, wideshawl, tudung bawal dan sebagainya. Dengan itu, dapatlah anda mencari sedikit pendapatan dengan kajian yang dilakukan daripada barang anda tidak terjual.


4. Pembekal yang up-to-date
Sebagai dropship, harus rajin mencari pembekal yang menjual barang yang mendapat permintaan di pasaran. Kadang kadang, pembekal yang sebegini bijak mengenakan yuran atau bayaran kepada dropship kerana permintaan yang banyak, biasa lah semua orang cari rezeki kottt. Awak sebagai dropship, kena la bijak memilih pembekal. Jadi, cari pembekal yang menjual barangan yang up-to-date okay! 


5. Peratus keuntungan
Pembekal biasanya meletakkan harga yang berpatutan kepada dropship. Dari situ, dropship boleh mengetahui dan tentukan berapa peratus keuntungan yang awak dapat. Jangan hanya promosi bagai nak rak tapi pulang modal sikit je. So, uruskan keuntungan awak dengan baik. Lihat harga runcit yang sesuai dengan barangan tersebut dan lihat harga pesaing supaya mudah. jeng jeng jeng.


6. Mesra pelanggan
Sebagai dropship, sikap anda juga menjadi salah satu faktor dalam menarik pelanggan. Ha, jangan disebabkan customer banyak tanya dan cerewet, awak nak marah pulak tetiba. Sabar lah, rezeki tu.. hihihi.. Panggilan yang lebih mesra untuk pelanggan adalah digalakkan. Bukan senang nak tarik pelanggan, ye dak??


7. Sentiasa rajin dan pandai urus masa
Sebagai dropship, awak kena lebih rajin dari biasa, kalau tahap rajin awak 50% awak kena rajin 90%. Baru lah powerrrr kalau tak tak best lahh.. Kalau awak ni student, jangan lupa hal pelajaran juga, jangan terlalu asyik berniaga sampai lupa nak baca buku untuk test atau exam. Cubalah berniaga dengan rakan rakan juga, lagi senang dapat pasaran.


8. Berstrategi
Sebagai dropship, awak kena pandai berstrategi contohnya buat customer feedback atau testimoni. Kan android awak boleh screenshot, buat testimoni tu sebagai bukti bagi meyakinkan pelanggan lain.



Orait, tu jelah beberapa tips dropship yang best best dari saya. haha.. banyak lagi sebenarnya tapi penat lak nak tulis.. nanti awak dah jadi dropship, awak faham lah situasi sebenar. 

Btw, lari dari buyer yang gila okay. kalau dah nampak macam dia nak tak nak, korang kena pandai bagi syarat.












You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM