Tips untuk penggemar online shopping

February 13, 2014


Tips untuk penggemar online shopping

Assalamualaikum.. :))



Hari ni rasa nak kongsi pasal online shopping. Sekarang ni bukan satu klik je dah dalam tangan, seratus klik dah sekarang.. haha. Semua pasal social network dan smartphone yang memang dah normal dalam hidup kita ni kan? Kalau malas nak keluar membeli pun, boleh guna internet untuk beli barang yang kita nak, branded atau tak branded pon boleh dapat. Cuma kita kena spend lebih sikit duit untuk delivery charges je kan. Posmen poslaju sekarang kemain lagi ha kerja dorang, harap gaji dorang pon naik la dengan kerja keras dorang tu kan?

Mungkin dalam topik online shopping ni benda pertama yang selalu bermain dalam fikiran kita berkemungkinan besar adalah :

- "berbaloi ke bayar mahal? Entah entah gambar je lebih..."
- "tak kena tipu ke aku ni?"
- "bila nak sampai barang yang aku beli ni?"

Itu lah beberapa kemusyikilan yang bakal korang hadapi untuk membeli secara online. So, ada beberapa tips untuk korang. JOM!


1. SSM Registration
Biasanya setiap online shop yang berdaftar akan ada no pendaftaran syarikat mereka. So, korang boleh check dekat SSM. Tapi ada je yang jenis tak berapa sivik main letak je, so, be careful.


2. Customer Feedback
Harap korang tidak membuta tuli sahaja membeli tanpa melihat customer feedback. Fungsi customer feedback ni adalah untuk membuktikan bahawa online shop tu sentiasa update dan kita yakin yang mereka tidak melakukan penjualan secara tipu. Kalau ade customer yang cakap barang sampai dah, servis bagus dan sebagainya, cepat cepatlah serbu dorang!


3. Jumlah follower/like
Jika jumlah followers/likers mereka banyak, anda boleh mempercayai online shop tersebut tapi ambil langkah berjaga jaga juga dengan memastikan tips di atas juga digunakan ye.


4. Customer Testimoni
Dengan testimoni testimoni yang diupload oleh online shop, korang tanpa ragu ragu boleh membeli items yang mereka jual berdasarkan kehendak hati korang. Sekarang senang boleh screenshot untuk testimoni kan? So, pandai pandailah tengok screenshot tu betul ke idak ye kawan. Kalau ade customer yang cakap barang sampai dah, servis bagus dan sebagainya, cepat cepatlah serbu dorang!


5. Brand
Sebenarnya, barang yang ber'branded' macam guess, polo, coach, dan sebagainya tu aku recommend supaya korang tak beli secara online. Kalau nak beli jugak, better beli di official website dorang. Kate nak branded ye dakk?? mahal tu biase la.. hahaha.. Mungkin ada online shop yang jual branded items dengan murah tapi berhati hati juga takut nanti kecewa dengan barang yang sampai. Kalau nak beli juga pon boleh.
Kalau branded macam padieka racolta, radiusite, zalora, calaqisya dan sebagainya pon bagus jugak. Local pon SUPERBBB!! i loike..


6. Postage
Untuk membeli secara online, awak awak haruslah merelakan cas delivery sebanyak RM6  untuk poslaju, hari ni pos, esok sampai, terus boleh pakai.. kalau pos biasa RM3 pon dah boleh tapi amek masa lama untuk sampai.


7. Survey
Yang ni adalah bagi orang yang sentiasa mengadap internet macam aku ni ha. Memang kena survey harga dari setiap online shop.. Mana yang lagi murah, mana yang lagi berbaloi.. Paham?? Rugi kot kalau tetiba dah beli tapi jumpa yang lagi murah, lebih dipercayai dan cantik...


Haaa, tu je la beberapa tips yang dapat aku kongsi berdasarkan pengalaman aku yang gila shopping secara online ataupun offline.. hahaha.. Semoga berguna!







You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM