Resipi Churros

March 01, 2014


Resipi Churros

Assalamualaikum :))

Happy Weekend everyone! Hari ni nak kongsi resipi churros... hihi...Sebenarnya, teringin nak makan churros sebab tengok contestant dalam My Kitchen Rules buat churros ni. So, search online resipi untuk buat ni.. Ape yang menyedapkan lagi churros ni bila kita dipkan dia dalam choc sos. Memang perghh!





Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
  • 1 biji telur - size L
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan butter
  • For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate

Cara-cara
  • Didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api. 
  • Masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.
  • Angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati. 
  • Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping. 
  • Kemudian goreng sehingga kuning keemasan
  • Angkat dan taburkan dengan gula halus. 
  • Boleh juga dimakan dengan nutella/ hershey's syrup

Credit to : Hana's blog


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM