Resipi Pavlova

March 08, 2014


Resipi Pavlova

Assalamualaikum :))

Happy Weekend everyone! Hari ni nak kongsi resipi pavlova yang memang kegemaran saya yang abadi ni hah.. hahaha.. Sebenarnya pavlova ni meringue yang memang sangat lah manis, kalau tak nak manis pon boleh.. hihi.. Ni first time buat memang tak berapa nak menjadi sebab buat dalam portion yang besar.. kalau boleh buat dalam portion yang kecik kecik macam cupcake gitu baru sedap one shot rangup pavlova tu.. JOM!





Bahan-bahan
  • 150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 camca besar tepung jagung
  • 2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
  • Whipping cream secukupnya
  • Buah2an segar secukupnya

Cara-cara
  • Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak.
  • Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata perlahan-lahan adunan tadi. Kemudian bentukkan ikut suka di atas kertas minyak tadi.
  • Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera.

Review : 
Sebenarnya whipping cream kadang kadang cepat cair dan cepat meresap dalam pavlova, kalau tak nak letak pon boleh sebab lagi crunchy. Buah buahan saya prefer yang masam masam sebab pavlova ni manis, macam anggur, strawberry dan apple hijau. Cuka adalah untuk kurangkan manis, kalau tak nak letak pon boleh..


Credit to : hana's blog


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM