#MOVIEREVIEW : Goosebumps

Assalamualaikum




Hari ni nak review filem "Goosebumps" yang merupakan filem fantasi seram 3D yang menggabungkan aksi dan animasi komputer berdasarkan siri buku kanak-kanak oleh R.L. Stine. Goosebumps adalah filem bergenre adventure, komedi dan fantasi yang dihasilkan oleh Sony Picture Entertainment dibawah Columbia Pictures. Filem diarahkan oleh Rob Letterman. Tayangan perdana Goosebumps ialah pada 16 Oktober 2015.


Filem ini menampilkan pelakon seperti :

Jack Black as R.L. Stine
Dylan Minnette as Zachary "Zach" Cooper
Odeya Rush as Hannah Stine
Amy Ryan as Gale Cooper
Ryan Lee as Champ
Jillian Bell as Lorraine Conyers
Halston Sage as Taylor


Sinopsis :

Zach Cooper dan ibunya Gale berpindah dari New York City ke bandar Madison, Delaware. Jiran baru mereka adalah Hannah dan bapanya, lelaki misteri dikenali sebagai "Mr. Shivers". Hannah seorang yang mesra, tetapi Encik Shivers telah memberi amaran kepada Zach untuk menjauhkan diri dari keluarganya. Di Madison High School di mana Gale bekerja sebagai naib pengetua, Zach berkawan Champ. Ikut pengembaraan mereka seterusnya.


Jack Black sebagai R. L. Stine

Manuskrip goosebumps

Ni nama dia lawn gnomes. Comel tapi scary.

Sloppy la kepala gengster dalam cerita ni. Aku rasa cam chucky pon ada

Bagi aku cerita ni best sebab lain dari lain, tak boring sangat sebab ade aksi aksi yang mendebarkan macam mentadak gergasi, raksasa gergasi pasadena dan sebagainya. hahaha.

Rating aku : 7/10
Rating imdb : 6.9/10 dari 29150 penonton




You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90