10 Cara Jimatkan Tenaga Elektrik

Assalamualaikum.

Aku nak kongsi tips tentang cara jimat elektrik, rumah aku tak besar sangat pun tapi cukup la untuk keluarga aku 6 orang, bil elektrik tak mahal sangat macam orang lain. Aku perasan dekat belakang bil elektrik yang TNB selalu hantar bulan-bulan tu ada tips jimat tenaga.

Aku memang cuba buat tips yang dia beri tu yang paling utama sekali, CABUT PLUG! Maksud aku, cabut semua plug yang korang tak guna, contoh lepas iron terus cabut plug. Lepas tu, kurangkan penggunaan extension.

Dibawah terdapat beberapa tips lain untuk korang :




#1 - Tutup atau cabut plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, television, dan radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat (tidak dimatikan). Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding kegunaan biasa.

#2 - Gunakan cat yang cerah untuk bilik, ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.

#3 - Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Apabila kotoran mula terkumpul di atas permukaan peralatan tersebut, ia akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Sebagai contoh kipas siling kat rumah korang tu, kalau berhabuk sangat baik bersihkan!

#4 - Tempatkan papan atau almari kayu di dinding atau ruang yang menghadap matahari naik. Untuk pengetahuan semua, kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung ia mengurangkan kepanasan dalam bilik.

#5 - Guna laptop! Laptop menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer (desktop).

#6 - Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Dengan membiarkan kipas berfungsi ia tidak dapat menjadikan bilik sejuk.

#7 - Menyeterika pakaian dengan banyak sekaligus, ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

#8 - Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 - 26 C. Perubahan dari 20 ºC ke 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hampir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas.

#9 - Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.

#10 - Lagi banyak air yang korang masak dalam cerek elektrik tu, lagi banyaklah elektrik yang digunakan. Dengan itu, masaklah air dengan kuantiti yang diperlukan sahaja.


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90