Tidak Perlu 'Stress' Untuk Cari Bilik Sewa Dengan Hidup.my

Assalamualaikum

Bagi anda yang masih lagi mencari bilik sewa yang selesa untuk seorang, keluarga besar mahupun untuk satu kumpulan yang ramai, sekarang tidak perlu khuatir lagi dengan Hidup.my. Hidup.my merupakan rangkaian laman web untuk memudahkan anda mencari bilik atau rumah untuk disewa. Bukan itu sahaja, dengan laman web Hidup.my, anda juga dapat mencari rakan serumah dan mengiklankan rumah untuk disewa secara percuma. 

Hidup.my telah dibangunkan pada Oktober 2015 dan mereka juga akan meluaskan kawasan pencarian rumah atau bilik sewa meliputi seluruh Malaysia. Dengan laman web ini, anda juga akan mendapat tentukan rumah atau bilik sewa pilihan dengan lebih teliti dan mengikut kemampuan bajet anda. Hidup.my juga menyokong paparan telefon pintar bagi memberikan akses yang lebih pantas kepada pengguna.

Selain itu, pengguna laman web Hidup.my juga dapat menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris, kemudahan ini dapat membantu pengguna laman web tidak kira bangsa dan bahasa untuk menggunakan perkhidmatan mereka. 


Bagi pengunjung yang pertama kali melayari laman web ini :

1. Untuk mencari bilik sewa, anda boleh klik di pautan "Cari Bilik"




2. Untuk mencari rakan serumah, anda boleh klik di pautan "Cari Housemate"


3. Untuk mengiklankan rumah/bilik untuk disewa, anda boleh klik di pautan "Senarai Bilik Anda"


Bagaimana langkah-langkah pengiklanan bilik sewa? Jom tengok gambar berikut :




Selain itu, anda juga dapat mencari bilik sewa dengan mengikut kawasan dan negeri pilihan anda dengan mudah seperti contoh dibawah :

Isikan kawasan atau negeri yang anda mahukan dan kemudian tekan "Carian Hartanah"





Pada pendapat saya, carian bilik sewa adalah sangat efektif kerana terdapat peta yang terus menunjukkan lokasi bilik sewa yang dicari dan juga terdapat pelbagai pilihan bilik sewa.

Kongsikan kepada rakan, keluarga, jiran dan sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat tentang bilik sewa dengan hidup.my, pastinya memuaskan!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hidup.my, anda boleh layari ke :

Laman web : Hidup.my
Facebook : Hidup Facebook Page
Google + : Hidup.my


You Might Also Like

2 comment

Terima kasih :)

728 x 90