Drama Duda Terlajak Laris



Drama ini merupakan drama adaptasi dari novel, terbitan Penulisan2u yang ditulis oleh Aifa Batrisya dan ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam. Bintang utama untuk drama ini ialah Zara Zya dan Idris Khan.

Genre : Drama, Cinta dan Komedi
Pengarah : Fairuz Loy
Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 7.00 petang
Mula Ditayangkan : 11 April 2016
Tempoh siaran  : 1 jam (60 minit)

Sinopsis

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?


Pelakon
  • Idris Khan sebagai Zafran Aldrin Kamarulzaman (Zack)
  • Zara Zya sebagai Pehah / Inas
  • Wawa Zainal sebagai Anis Nabihah
  • Bella Nazari sebagai Idayu
  • Anis Al-Idrus sebagai Zainura
  • Kuza Muzaini sebagai Zah
  • Arash Mohd sebagai
  • Laila Nasir sebagai Miah
  • Ikhlas Jalil sebagai Atai
  • Syed Ali sebagai Peod

Lagu Tema Duda Terlajak Laris

Lagu : Cinta Yang Sempurna
Artis : Qanda


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90