#RESIPI : Ikan Singgang Mudah dan Simple

May 07, 2016


*pinjam gambar*

Senang je resipi ikan singgang ni, bahan-bahan pun mudah untuk korang dapat. Selalu buat ikan singgang sebab sedap ada rasa masam, manis dan masin. Aku kalau macam bajet die memang buat ikan singgang ni sebab lebih kurang sup ikan gitu.


Bahan-Bahan

3-4 bawang merah (dihiris halus)
2 bawang putih (dihiris halus)
1-2 batang lada hijau (lada hijau yang digunakan untuk solok lada)
2 asam keping
Lengkuas (dihiris halus)
Air
Ikan kembung (Tongkol ataupun lain-lain)
Gula (Boleh guna gula melaka atau 'nisse')
Garam


Cara Penyediaan

1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan tadi kecuali ikan, gula dan garam.
3. Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan didihkan sehingga ikan masak.
5. Siap! 

P/S : korang boleh masukkan bendi atau tomato mengikut pilihan korang. 

You Might Also Like

3 comment

  1. wah senangnya! tp macam susah sikit bagi yg betul2 xreti masak like me haha

    ReplyDelete
  2. sedap nyew..sis singgah sini ..done follow :)

    ReplyDelete
  3. terliurnyeee. lame dah xbuat ikan singgang ni. tapi, singgang ayam lg best!

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM