#RESIPI : Sambal Tempe

September 17, 2016


Bahan-bahan:
5 keping tempe
segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
segenggam kacang tanah goreng (hana xde stok yg kcg tanah biasa tu)
4-5 sudu besar chili giling/chili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
garam
gula melaka

Cara-cara:
1. Potong nipis-nipis tempe. Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar-benar garing. Dah masak ketepikan.
2. Tumis cili giling/cili kering, bawang dan belacan hingga betul-betul masak cili tuh.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam dan masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
4. Kemudian boleh la masukkan tempe, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. Tapi janganlah lama sangat nnti hangus kang sambal tuh. Dah siap bleh la dihidang.
Selamat Mencuba!

Sumber : My Resipi

You Might Also Like

3 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM