#RESIPI : Broccoli & Macaroni Bakar

October 29, 2016


Bahan-bahan:

1 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar, potong dadu
1 tin tomato sudah siap potong
1 sudu besar butter
600ml susu segar
sedikit serbuk buah pala atau sedikit serbuk kayu manis
sepeket macaroni
1 broccoli sederhana, dipotong menjadi pokok-pokok kecil
1/2 cawan cheddar cheese, diparut
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
1/4 cawan tepung gandum

Cara-cara:

1. Masak macaroni dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun selama lebih kurang 10 minit. Setelah masak, toskan airnya
2. Rebus broccoli selama 3-4 minit sekadar lembut sedikit sahaja. Toskan.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan tomato potong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Masak selama 10 minit sambil dikacau hingga sos memekat.
5. Dalam periuk lain masukkan butter, tepung, serbuk buah pala dan susu. Didihkan dan kacau dengan pemukul telur sampai sekata dan pekat. Masukkan 3/4 daripada cheese yang diparut dan kacau sebati.
5. Gaulkan macaroni yang telah dimasak, broccoli bersama sos cheese tadi dan masukkan separuh daripada campuran ini dalam oven dish.
7. Lapiskan sos tomato yang dimasak tadi di atas campuran macaroni, menutupi keseluruhan bahagian atasnya
8. Setelah itu, masukkan baki macaroni tadi di atas lapisan sos tomato. Akhir sekali, taburkan sekata baki parutan cheese.
9. Grill dalam oven selama 5-8minit hingga atasnya kekuningan.

Sumber : My Resipi

You Might Also Like

2 comment

  1. Sedapnyaaaaaa. Dah la tgh craving macaroni bakar. TT_TT

    ReplyDelete
  2. Perggghhhh .. Yg tk diet pn bleh ni.

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM