Tonton / Download Drama Abang Bomba I Love You


Drama adaptasi  novel Abang Bomba I Love You karya Mia Kiff Azlisha arahan sutradara MP Roslin dibawah penerbitan Global Station Sdn Bhd mengandingkan Hisyam Hamid dan Amira Othman sebagai teraju utama. Drama ini mempunyai 16 episod yang bermula pada 12 September 2016.

PELAKON :
Hisyam Hamid sebagai Rayqal
Amira Othman sebagai Lily
Nadya Syahera sebagai Mawar
Jaslin Puasa sebagai Haziq
Najua Pramlee sebagai Wani

SINOPSIS :
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?


You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90