Tonton / Download Drama Isteri Tuan Ihsan


Drama bertajuk Isteri Tuan Ihsan merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Sara Kyoko. Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama diterajui oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli. Nantikan drama terbaharu di Astro Ria bertajuk Isteri Tuan Ihsan.

PELAKON

Aaron Aziz sebagai Tuan Ihsan Iskandar
Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina
Harris Baba sebagai Dr Zaim
Gambit Saifullah sebagai Haziq
Nazia Mustafar sebagai Kak Maznah
Mardiana Alwi sebagai Ratnah
Doria Rachel Jolly sebagai Fathin
Shah Rezza sebagai Dato' Dr. Amin
Ruzana Ibrahim sebagai Hanani

SINOPSIS ISTERI TUAN IHSAN

Seroja Irdina, gadis remaja mebesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan. 

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90