Tonton / Download Drama Arluna


Drama adaptasi novel Arluna tulisan Rin Ahmad terbitan Produksi Global Station Sdn Bhd menampilkan lakonan Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir selaku teraju utama dibantu oleh Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman dan ramai lagi. Drama bersiri ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian

PELAKON :

Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif
Anzalna Nasir sebagai Nia Arluna
Adeline Tsen sebagai Fazleen
Zoey Rahman sebagai Raziq
Atilia Haron sebagai Azimah
Putri Najuwa sebagai Hanna
Susan Manen sebagai Datin Azah
Aman Nassim sebagai Faizal
Julieana Anna sebagai Nancy
Fara Syuhada Azmira sebagai Zizie
Bade Arell sebagai Haqeem
Nikki sebagai Monica

SINOPSIS ARLUNA :

Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90